Chapter 5

Tuesday, March 24, 2009

Riana mengeluarkan pakaiannya dari beg lalu dimasukkan ke dalam almari.


“Riana, Makcik dan Pakcik nak pergi kedai sekejap. Nak beli barang-barang untuk kita makan malam ni. Makcik dah buatkan sardine roll untuk petang ni. Ada atas meja. Riana makan tau”


“Okay Makcik. Nanti saya makan…”


“Makcik pergi dulu ya”


“Iya, Makcik…”. Dia membalas pendek. Bunyi tapak kasut Makcik Lily sudah pun sayup tidak kedengaran. Yang kedengaran kini hanyalah bunyi enjin kereta yang baru sahaja berlalu pergi dari kawasan kotej.

Selepas selesai menyimpan pakaian, Riana menuju turun ke dapur. Dilihatnya ada beberapa gulung sardine rolls berada di atas meja. Dia mengambil dua gulung sardine roll dan berlalu keluar.

Wah, nyamannyaaaaa~!!! Riana menghela nafas panjang. Lalu berjalan ke cerung bukit di belakang kotej di mana dia boleh melihat pemandangan tasik dan gunung-ganang yang sungguh mengujakan. Indahnya ciptaan Tuhan.


Riana melabuhkan punggungnya di atas rumput yang menghijau. Dia mencabut bunga-bunga liar yang tumbuh di atas rumput berdekatannya.

Tanpa dia sedari sudah satu jam dia melayan perasaanya di situ. Dia masih tidak berganjak dari tempat duduk. Cuaca yang agak sejuk membuatkan dia berpeluk tubuh. Boleh tahan juga sejuknya bila hari nak beransur malam ni. Lupa nak pakai sweater la. Aku nak baliklah. Pakcik dan Makcik dah balik dah rasanya ni…


Riana bangun lalu berjalan pulang menuju ke kotej. Sampai di kotej, masih belum kelihatan kereta Pakcik Es yang terpakir di garaj. Dia menyusun langkah masuk ke dalam kotej dan menaiki tangga ke biliknya. Keletihan mula menyelubungi dirinya kerana berjalan kaki dari pekan Tella ke kotej berkenaan lebih kurang 4km jauhnya.


Riana menghempaskan tubuh ke atas tilam sambil mengeluh.

Kedengaran kepala pili baru sahaja ditutup dari bilik air yang terdapat di dalam biliknya. Huh??? What sound is that?..Ahhh.. nothing..


Tiba-tiba pintu bilik airnya terkuak dan…

“Alamak!”, suara seorang lelaki sayup kedengaran di gegendang telinganya. Riana membuka kelopak matanya yang hamper terpejam.


“Haaa!!!”, dengan secara spontan dia bingkas bangun dan…“Wachaaaaa!!!!”……………

Chapter 4

Sang suria telah mula menunjukkan wajahnya. Bunga-bunga yang terdapat di taman mula mengembang melihatkan rangginya. Riana bangun dari katil. Kelihatan tiga rakan sebiliknya masih nyenyak tidur. Dia menuju ke tingkap lalu menguak jendela.


“George, bangun. Kau jadi balik tak hari ni? Nanti mak kau datang..tak sempat nak packing” Riana kejutkan George. Dia tahu yang rakannya itu belum packing barang untuk pulang ke rumah. Namun, tiada respon. “ Bangun la wei…”


“Hmm..haa..jap.. aku nak mengantuk sangatlah”


“ No..no! Cepat bangun. Nanti mak kau bebel, kau juga yang bising. Aku nak mandi dulu then aku nak gerak ke Tella”


“Hmm.. kau pergi mandi dululah” jawab George yang masih mamun. Riana hanya tersenyum melihat rakan baiknya yang sememangnya mamun teruk bila bangun dari tidur. Dia mencapai tuala lalu menghala ke bilik air…


*********

Anna baru bangun dari lenanya. Kelihatan dua orang musuh sebiliknya sedang mengemaskan barang-barang mereka. Dia melirik jam tangan yang sedia ada di pergelangan tangannya dari semalam. 10.30 pagi!


“Haaaa!!!!” Anna segera bangun.


“ Hei, kau ni asyik memekik ja, Bising ah” ngomel Riana.


“Kenapa korang tak kejutkan aku? Mummy aku datang pukul 10”


“Oii cik kak. Aku dah kejutkan kau tadi. Tapi kau tidur kalah beruang dok hibernate..hehe..” gelak George nakal.


“You…!” Anna menjegil mata.

“Dahla tu cik kak.. pergi mandi. Jangan dok angin pagi-pagi ni..mak kau dok tunggu tu…” kata George.


“Mar….” Anna memanggil rakan baiknya.


“Dia dah blah dah pun…”


“Huh?!” Anna mencebik lalu menuju ke almarinya. “Owhh…excuse me Mr George..before you leave…I just want to tell you that I’m not your Cik Kak..okay??!!” Anna meninggikan suara lalu menuju ke bilik air..


“Fusyoooo….hahahaha” George dan Riana tergelak besar.


“Hormon betul minah tu. Aku menyampah laa…” ujar Riana.


“Alaa..kau pun tahu perangai dia. Kalau dia buli kau, kau tengokla aku nak buat apa.. ahaks!”


“Berani dia buli aku.. aku buli dia balik la..hehehe” Riana tersengih. “Anyway George, what time your mom will pick you up?”


“Around 11…”


“Ohh okay.. kalau macam tu aku beransur dulu eh.”


“Orait..see you in two weeks..” George mengenyitkan mata.

“Okay.. send my regards to your mom ok…bye George”. Mereka bersalaman dan berpelukan.


“Bye. Take care yea, Riana..”


“You too…”

*****

Kotej yang dibina ala-ala Inggeris kini di depan mata. Riana tersenyum puas. Peluh dingin membasahi dahi lalu dikuisnya dengan tangan. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan Pakcik Es dan Makcik Lily. Kelihatan Makcik Lily sedang membawa sebuah raga bakul manakala Pakcik Es sedang mencuci mesin jenteranya.


“Makcik! Pakcik!”, Riana melambai-lambaikan tangan sambil berlari anak ke arah kedua-dua orang tua itu.


“Eh, Riana!” jerit Makcik Lily yang kelihatan sangat gembira apabila melihat raut wajah yang dirinduinya setelah tiga bulan tidak berjumpa. Riana mencium tangan Makcik Lily dan Pakcik Es sebagai tanda hormat. Sudah lama dia kenal mereka, sejak berumur 11 tahun.


Pada waktu itu, cuti semester hujung tahun. Dia keseorangan di kolej. Bukannya George tidak pernah mengajak dia ke rumahnya tetapi dia berasa segan apabila dia melihat cara ibu George yang tidak suka kepadanya. Pada ketika itu, datang seorang lelaki dalam lingkungan 40-an dan menawarkan kepadanya untuk tinggal bersama dia dan isteri. Tetapi dengan syarat, Riana perlu membantu mereka dalam perusahaan ladang bunga mereka ; memetik bunga. Dari situlah, hubungan antara Riana dan kedua-dua orang tua itu terjalin.


“Apa khabar, Riana? Sihat?”


“Sihat. Macam inilah. Makcik dan pakcik sihat?”


“Makcik sihat. Tapi Pakcik kau nil ah..kurang sihat sikit. Kelmarin baru pergi check, kena ambil ubat darah tinggi” terang Makcik Lily.


“Pakcik tension eh? Ada makan daging kambing lagi eh??” Riana mengangkat kening. “Pakcik ni, dah tahu berpenyakit. Makan juga daging kambing. Degil betul laa” Riana mengerling pada Pakcik Es. Pakcik Es hanya tergelak kecil.


“Mari masuk Riana. Makcik bancuhkan air untuk kau”

Chapter 3

Jendela tingkap bilik dibuka luas. Angin sepoi-sepoi bahasa memasuki ruang bilik. Dingin dan nyaman. Suasana malam yang diterangi dengan cahaya purnama dan bintang-bintang di langit begitu mendamaikan suasana.


Namun kukuran sang pungguk dan dicahayai dengan kelip-kelip di sesetengah sudut padang kolej membuatkan suasana tidak menentu. Tenang, seram dan suram. Mengikut kepercayaan orang-orang tua, jika adanya kelip-kelip bermakna adanya ‘benda; yang berkeliaran di situ.

“Riana, boleh aku pinjam pen kau?”


“Tak boleh” jawab Riana dengan selambanya.


“Alaa kau ni..kedekutlah. Aku tak peduli…nak pinjam jugak. Huh!” George mencebik lalu meluru ke meja study Riana mengambil sebatang pen hitam.


“Heh.. kau ni…buat aku macam orang asing pula. Kalau kau nak guna tak payah cakap kat aku. Kau ambil dan pakai ja. Aku tak kisah laa” Riana tersengih melihat George yang menjuih bibir.

“Kau tak payah buat mulut macam tu..buruk …hehe” Riana tergelak.

Tiba-tiba pintu terbuka dihentak kuat.

“Riana, kau ni memang perempuan tak tahu malu! Gedik!” marah Anna.


“Huh?” Riana tergamam. Apa kena dengan minah ni???


“Oiii cik kak. Bagi salam pun tidak, kau masuk bilik macam orang gila kena sampuk. Lu ni apasal Anna?” George bangun mendekati Anna.


“Kau diam, George. Jangan masuk campur. This is between Riana and me. Okay? You better leave from this room before sekali dengan kau, aku tampar” Anna mendengus.


“Eh eh… ni dah lebih ni.. kang aku cepuk jugak kang” George sudah genggam jari-jemari kanannya.


“Hello?? What’s wrong with you, Anna? Memekik..melalak macam kena histeria. Kau tak malu eh? Satu blok dengar kau menjerit macam orang gila?” Tanya Riana lalu melihat rakan-rakan separas sudah menjengah di muka pintu.


“Lantakla dia orang la dia orang nak dengar aku menjerit. Aku peduli apa?!”


“Aku cakap dengan elok kan? Kau tak boleh cakap dengan elok dekat aku? Kau tahu angin kau ja kan.. kau tak tengok angin aku lagi. Aku dah letih la Anna nak melayan perangai kau yang asyik nak bergaduh dengan aku ni. Apa yang kau tak puas hati dengan aku lagi?”


“Letih konon! Kalau kau letih, kenapa kau terhegeh-hegeh ajak Nik pergi café tadi? Perempuan gedik! Kau pun tahu kan.. aku dah pernah mention kat kau yang aku taknak tengok kau dengan Nik keluar bersama. Faham tak?? Dasar perempuan tak tahu malu…”


“Laaa…. Nik lagi???” seloroh George.


“Hey, kau cakap berlapik sikit eh. Kang kau rasa penampar ke sepuluh dari aku. Kau tu yang tak tahu malu!” Riana geram.


“Haa tamparlah kalau berani.. tampar..” Anna menyorongkan pipinya.


“Woo..woo..beb..Rileks. Nanti Cik Tini detect, habis kau, Riana. Dah banyak kali kes dah jadi ni..” George cuba meleraikan suasana. “Tapi…biar aku settle dengan minah ni”


“Huh…tak habis-habis pengkid ni nak tunjuk hero” cebik Anna perlahan.


“Apa kau cakap? Pengkid? Haaa… meh sini aku nak gomol kau..” George merapatkan dirinya ke Anna setapak demi setapak sambil mengangkat-ngangkat kening dengan nakalnya.


“Kau jangan buat gila, George!” Anna mengundur seriau.


“Hahaha….tahu pun takut…” George tergelak geli hati melihat riak muka Anna yang kecut tadi.


“Kau yang gila, Anna!” seloroh Riana. “Suka hati akulah nak keluar dengan Nik pun. Dia tu Pengerusi Kelab aku… memang kami selalu berjumpa. Kau ni pun.. asyik-asyik Nik..Nik..Nik ja yang jadi bahan kau nak bertekak dengan aku kan? Tak ada sebab lain ka kau nak cari gaduh dengan aku?”


“Weii..weii.. listen here.” George memetik-metik jarinya. “Tak habis-habis cerita Nik. Aku menyampah laa.. Pasal lelaki pun nak bergaduh..macam bangang ja kau ni Anna. Sekarang ni kau masuk tidur sebelum aku pula yang naik angin japgi!!!” George meninggikan suara. Sememangnya jika dia dah meninggikan suara, tiada siapa yang berani membalas.


“Yang korang ni pun…tercangak kat situ apasal??? Balik!!!” termasuk dengan jiran-jiran sebelah bilik yang berkerumun di muka pintu dihalaunya


“Haa yang kau Mar..kenapa yang terpacak di situ? Tutup pintu, masuk!”. Mereka semua terdiam. Mengikut sahaja arahan dari George.

Chapter 2

Saturday, February 14, 2009

Jam di tangan kirinya baru menunjukkan pukul 12 tengahari. Bermakna hanya tinggal 15 minit lagi kelas Mr.Jay yang membohsankan itu akan tamat. Pelajar perempuan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan Mr. Jay walaupun tidak beberapa fokus. Namun pelajar lelaki pula sebaliknya. Ada yang tidur..ada yang bersembang..ada yang dengar lagu..dan macam-macam lagilah.

“Syyyy…..” sekeping kapal terbang kertas mendarat betul-betul di atas mejanya.

Riana, may I see u alone? Just want to talk about us… - Guy

Cait..buang karan aku nak jumpa kau! Sorry.. waste my time. Huhh! Nota yang berbentuk kapal terbang tadi diperenyuk Riana.

“Okay, setakat ini saja kelas kita pada hari ini. Saya harap kamu semua dapat menyiapkan assignment saya masa cuti mid sem ni..” Berkahir sudah kelas yang cukup membohsankan tadi.

“Riana, macam mana? Can we meet?” Tanya Guy yang terkinja-kinja dating.

“Ni bukan dah jumpa dah?” Tanya Riana balik dengan selamba.

“Heh..cute!” Guy tersengih. “I mean can we meet alone to talk about us?”

“Sorry Guy. There’s no US” jawab Riana sambil mengemaskan buku di atas meja.

“Ohh.. okay…. So..you dah makan? Jom, I belanja. Lagipun kita dah lama tak makan sekali right?”
“No, thanks. I dah makan. I pergi dulu.. bye” Riana bergegas beredar secepat mungkin sebelum Guy menahannya lagi.

It’s okay Riana… I’ll waiting for you… kata Guy dalam hati sambil melihat Riana berlalu keluar daripada kelas.


Hello?? What’s wrong with him? Buang tebiat agaknya! Dulu bukan main belagak dengan aku. Tengok muka aku pun taknak. Ni terhegeh-hegeh… nak talk about US konon. Huh! Riana mencebik dalam hati.

“Ohh mak!” Buku yang dibimbit berterabur di atas lantai.

“Alamak! Nik…Sorry! Aku tak sengaja” Riana turut membantu Nik mengutip buku-buku yang berterabur.

“Heh.. nevermind. Kenapa dengan kau, Riana? Fikiran kau melayang ke mana? Kelam-kabut ja aku tengok kau ni. Berjalan macam ribut. Apalaa…” Nik tersengih.

“Ada beruang nak kejar aku. Hehehe… kau nak pergi mana dengan buku-buku ni?”

“Aku baru balik dari library nak ke café. Jom la makan sekali” ajak Nik.

“Boleh juga sebab aku nak discuss dengan kau sikit pasal art project dengan kau” Riana seperti memikirkan sesuatu apabila menyebut tentang projek seni yang diperkatakannya tadi.

“Kalau macam tu jomlah”. Riana tersenyum. Dia mengaku dia amat senang berkawan dengan lelaki yang memakai spek itu. Tinggi.. kacak.. comel..

Dari jauh kelihatan sepasang mata sedang melihat mereka menuju ke Café seiringan. C
iss..tak guna betul!!!

Chapter 1

You are the dancing queen, young and sweet, only seventeen
Dancing queen, feel the beat from the tambourine
You can dance, you can jive, having the time of your life
See that girl, watch that scene, dig in the dancing ………….


“Wei, Riana! Bangun!” Alamakkk… nyibuk betul la suara ni. Aku baru ja syok dok mimpi aku jadi puteri..hesh


“Oitt..bangun!”


“Nantilah aku bangun. Alaa..kau ni. Mengacau ajalah!”. Riana menarik selimutnya sehingga ke kepala.


“Eh, minah ni. Umur dah nak masuk 20 tahun pun liat lagi nak bangun. Bangunlah. Nanti lambat pergi kelas”.

George menghenjut-henjutkan badan Riana namun tiada respon dari kawannya itu.


“Wohh… kau taknak bangun..” George tersengih. Dia menuju ke meja study lalu mencapai botol mineral. “Nah, kau tak payah mandi dah. Aku tolong mandikan kau..hehehe”


“George!” Riana meluru bangun. “Waaa… kau ni memang siot betul la”. Seloroh Riana yang masih mamun. George pula tergelak-gelak melihat Riana yang macam terkejut beruk tadi.


“Siapa suruh kau liat sangat. Dah.. kau pergi mandi. Nanti tak sempat breakfast. Dua orang minah tu dah blah dah pun”, kata George yang sambil membetul-betulkan topi Adidasnya dan mengunyah chewing gum.


“Huh..ya laa” Riana berseloroh bangun menuju ke bilik air.



“George, kau pergi dining dulu eh. Aku nak tengok postbox aku jap. Kau tolong ambilkan kat aku pisang eh”.

“Orait. Aku chiow dulu”. Amboi…minah ni. Happy semacam ja ni. Ada somethinglah tu.

Riana telah tiba ke tempat yang dituju. Dia mengeluarkan kad matriknya lalu dikodkan pada postbox. Pintu postbox terbuka secara automatiknya. Kelihatan sepucuk sampul surat tanpa setem berada di dalamnya. Riana mencapai lalu membukanya…

Dear Riana,

Congratulations on your flying colours exam’s result.

Here’s some treat for you… Good luck…

Sincerely,

BHD


Riana mengeluarkan beberapa keping wang kertas yang turut berada dalam sampul tersebut. Dia tersenyum. Thanks. Daddy! Even though we never met but I know you love me. Tetapi… kenapa daddy tak nak jumpa dengan Riana??? Riana mengeluh. Hatinya gundah dengan tiba-tiba.


“ George, aku terima dari BHD aku” Riana memperbetulkan kerusi di sebelah George.


“So?? Apa yang kau risaukan? Bunyi macam gelisah ja kau ni”. Balas George sambil mengunyah sandwich di dalam mulut.


“Bukan gelisah”


“Then? Nada kau tu macam sedih semacam ja”


“Tak sedih la…”


“Kau ni nak makan pisang ni ka tak? Aku dah habis makan. Kalau nak ikut aku blah.. jom!”


“Aku ikut kau lah”


“Pisang yang aku ambilkan untuk kau ni..kau nak makan ka tak? Kalau tak nak aku nak makan….” Tanya George.


“Kalau nak ..kau cakap ajalah nak. Heh.. kau makan kat kau ajalah”


Hehehe.. terima kasih beb.. Kau macam faham ja eh..”

Prolog

Friday, December 19, 2008

Kantin rumah anak yatim K'Dore mulai sesak. Penghuni rumah anak yatim tersebut berpusu-pusu memasuki ruang kantin lalu beratur di kaunter mengambil makanan.

"Terima kasih, makcik" ucap seorang budak lelaki linkungan 6 tahun. Makcik yang sedang membubuh makanan itu hanya mendiamkan diri.

"Kak Ana, kak jangan cakap banyak tau nanti makcik tu marah lagi" budak lelaki itu sempat berpesan kepada budak perempuan di belakangnya sebelum meninggalkan kaunter. Budak perempuan tersebut hanya tersengih lalu menghulurkan pinggannya.

" Nah! Kau amik ini..."
" Laa..makcik. Kenapa saya dapat roti kosong? Kenapa orang lain dapat mi? Asyik saya ja yang dapat roti kosong. Muaklah macam ni!" Seperti biasa mulut kecil itu merungut. Dia mengerling tajam pada makcik di kaunter.
" Eh, budak ni! Kau ni asyik rungut ja eh.. kau telan ajalah. Ni kira beruntung la aku bagi makan.. Siapa suruh kau melawan cakap aku semalam. Kau telan sajalah roti ni!" Makcik itu membeliakkan mata.
" Saya tak nak! Saya nak mi!" balas budak perempuan itu.
" Eh eh..budak ni!" tangan Makcik Shin sudah diangkat dan badannya direnjakkan sedikit ke depan bersedia untuk mengenakan sasaran. Baju dicekak.
" Shin, lepaskan dia. Kau bagi ja apa yang dia nak makan...". Cekakan dilepaskan.
"Baik, Madam" ....Aik? Pelik ja Madam ni. Kenapa dia larang Makcik Shin pukul aku kali ni?
"Hei, kau masuk sini ikut aku". Riana masuk ke ruang dapur kantin lalu membututi Makcik Shin.




Pelik. Sungguh pelik. Ajaib. Sungguh ajaib. Tadi, dia orang bagi aku makanan sedap-sedap. Sekarang bagi aku pakai baju gown cantik dan sungguh aku tunggu depan bilik Madam. Kenapa eh? Aku mesti siasat!!!

Dia bangun dari tempat duduknya melangkah ke hadapan beberapa langkah menuju ke daun pintu bilik Pengetua lalu menolak sedikit daun pintu. Dari sudut itu, dia nampak dengan jelas Madam Tim sedang berbual-bual dengan seorang lelaki yang bertopi hitam membelakangkannya. Belum sempat dia mendengar dengan jelas perbualan mereka..

"Okay, terima kasih Madam" terdengar suara lelaki itu berterima kasih lalu berjabat dengan Madam Tim. Alamak. Tak sempat pula aku nak tengok siapa Pakcik ni.. Dia berlari anak bersembunyi dia sebalik tiang konkrit berdekatan.

"Kak Ana!" terasa bahunya dicuit dari belakang.
"Ish Ery ni..buat orang terkejut ajalah. Kenapa?"
"Ni.. untuk Kak Ana.." sudu teh yang diperbuat daripada tempurung itu dihulur. Dia memerhatikan Ery.
"Kenapa Ery nak bagi kat Kak Ana sudu ni? Kan Ery yang buatkan..."
"Yela..nah. Ambil. Untuk kenangan. Lagipun Kak Ana dah nak pindah. Tinggalkan Ery dan kawan-kawan yang lain kat sini"
"Ha?" terkulat-kulat wajahnya. Tergamam.
"Kak Ana tak suka eh sudu yang saya nak bagi ni?". Ery tarik muncung.
"Eh, tak! Kak Ana suka.. Terima kasih Ery" dia sambut huluran dari Ery. Ery tersenyum.
"Tapi kan Ery... kenapa Kak Ana nak kena pindah pula?" dia melihat Ery.
"Riana...." belum sempat Ery menjawab, kedengaran nama Riana dipanggil.
"Tak apalah Ery. Kak Ana pergi jumpa Madam dulu. Nanti kita jumpa lagi ya"

"Riana, mulai hari ini kamu tak tinggal di sini dah. Kamu akan dihantar ke tempat tinggal lain.." Madam Tim melihat tajam.
"Saya seorang saja? Yang lain?"
"Kamu seorang sajalah. Dah ada orang ambil kamu sebagai anak angkat. Jadi, kamu kira beruntunglah ada juga orang nakkan kamu sebagai anak angkat..".

Riana tersenyum. Tak sangka ada juga orang nak ambil aku sebagai anak. Riana tersenyum keseorangan.
"Siapa mak & ayah angkat saya?"
"Maaf, yang itu saya tak boleh nak beritahu. Nanti kamu akan tahu sendiri...dia minta identiti dia dirahsiakan"
Cehh...apalah Pakcik bertopi hitam tu! Nak sorok-sorok identiti pula. Eh..nak panggil Pakcik atau Ayah? Hmm.. Black Hat Daddy!!!!


Well...well...well..
Macam itulah permulaan cerita bagaimana Black Hat Daddy itu wujud...
;-)

Characters