Chapter 5

Tuesday, March 24, 2009

Riana mengeluarkan pakaiannya dari beg lalu dimasukkan ke dalam almari.


“Riana, Makcik dan Pakcik nak pergi kedai sekejap. Nak beli barang-barang untuk kita makan malam ni. Makcik dah buatkan sardine roll untuk petang ni. Ada atas meja. Riana makan tau”


“Okay Makcik. Nanti saya makan…”


“Makcik pergi dulu ya”


“Iya, Makcik…”. Dia membalas pendek. Bunyi tapak kasut Makcik Lily sudah pun sayup tidak kedengaran. Yang kedengaran kini hanyalah bunyi enjin kereta yang baru sahaja berlalu pergi dari kawasan kotej.

Selepas selesai menyimpan pakaian, Riana menuju turun ke dapur. Dilihatnya ada beberapa gulung sardine rolls berada di atas meja. Dia mengambil dua gulung sardine roll dan berlalu keluar.

Wah, nyamannyaaaaa~!!! Riana menghela nafas panjang. Lalu berjalan ke cerung bukit di belakang kotej di mana dia boleh melihat pemandangan tasik dan gunung-ganang yang sungguh mengujakan. Indahnya ciptaan Tuhan.


Riana melabuhkan punggungnya di atas rumput yang menghijau. Dia mencabut bunga-bunga liar yang tumbuh di atas rumput berdekatannya.

Tanpa dia sedari sudah satu jam dia melayan perasaanya di situ. Dia masih tidak berganjak dari tempat duduk. Cuaca yang agak sejuk membuatkan dia berpeluk tubuh. Boleh tahan juga sejuknya bila hari nak beransur malam ni. Lupa nak pakai sweater la. Aku nak baliklah. Pakcik dan Makcik dah balik dah rasanya ni…


Riana bangun lalu berjalan pulang menuju ke kotej. Sampai di kotej, masih belum kelihatan kereta Pakcik Es yang terpakir di garaj. Dia menyusun langkah masuk ke dalam kotej dan menaiki tangga ke biliknya. Keletihan mula menyelubungi dirinya kerana berjalan kaki dari pekan Tella ke kotej berkenaan lebih kurang 4km jauhnya.


Riana menghempaskan tubuh ke atas tilam sambil mengeluh.

Kedengaran kepala pili baru sahaja ditutup dari bilik air yang terdapat di dalam biliknya. Huh??? What sound is that?..Ahhh.. nothing..


Tiba-tiba pintu bilik airnya terkuak dan…

“Alamak!”, suara seorang lelaki sayup kedengaran di gegendang telinganya. Riana membuka kelopak matanya yang hamper terpejam.


“Haaa!!!”, dengan secara spontan dia bingkas bangun dan…“Wachaaaaa!!!!”……………

Chapter 4

Sang suria telah mula menunjukkan wajahnya. Bunga-bunga yang terdapat di taman mula mengembang melihatkan rangginya. Riana bangun dari katil. Kelihatan tiga rakan sebiliknya masih nyenyak tidur. Dia menuju ke tingkap lalu menguak jendela.


“George, bangun. Kau jadi balik tak hari ni? Nanti mak kau datang..tak sempat nak packing” Riana kejutkan George. Dia tahu yang rakannya itu belum packing barang untuk pulang ke rumah. Namun, tiada respon. “ Bangun la wei…”


“Hmm..haa..jap.. aku nak mengantuk sangatlah”


“ No..no! Cepat bangun. Nanti mak kau bebel, kau juga yang bising. Aku nak mandi dulu then aku nak gerak ke Tella”


“Hmm.. kau pergi mandi dululah” jawab George yang masih mamun. Riana hanya tersenyum melihat rakan baiknya yang sememangnya mamun teruk bila bangun dari tidur. Dia mencapai tuala lalu menghala ke bilik air…


*********

Anna baru bangun dari lenanya. Kelihatan dua orang musuh sebiliknya sedang mengemaskan barang-barang mereka. Dia melirik jam tangan yang sedia ada di pergelangan tangannya dari semalam. 10.30 pagi!


“Haaaa!!!!” Anna segera bangun.


“ Hei, kau ni asyik memekik ja, Bising ah” ngomel Riana.


“Kenapa korang tak kejutkan aku? Mummy aku datang pukul 10”


“Oii cik kak. Aku dah kejutkan kau tadi. Tapi kau tidur kalah beruang dok hibernate..hehe..” gelak George nakal.


“You…!” Anna menjegil mata.

“Dahla tu cik kak.. pergi mandi. Jangan dok angin pagi-pagi ni..mak kau dok tunggu tu…” kata George.


“Mar….” Anna memanggil rakan baiknya.


“Dia dah blah dah pun…”


“Huh?!” Anna mencebik lalu menuju ke almarinya. “Owhh…excuse me Mr George..before you leave…I just want to tell you that I’m not your Cik Kak..okay??!!” Anna meninggikan suara lalu menuju ke bilik air..


“Fusyoooo….hahahaha” George dan Riana tergelak besar.


“Hormon betul minah tu. Aku menyampah laa…” ujar Riana.


“Alaa..kau pun tahu perangai dia. Kalau dia buli kau, kau tengokla aku nak buat apa.. ahaks!”


“Berani dia buli aku.. aku buli dia balik la..hehehe” Riana tersengih. “Anyway George, what time your mom will pick you up?”


“Around 11…”


“Ohh okay.. kalau macam tu aku beransur dulu eh.”


“Orait..see you in two weeks..” George mengenyitkan mata.

“Okay.. send my regards to your mom ok…bye George”. Mereka bersalaman dan berpelukan.


“Bye. Take care yea, Riana..”


“You too…”

*****

Kotej yang dibina ala-ala Inggeris kini di depan mata. Riana tersenyum puas. Peluh dingin membasahi dahi lalu dikuisnya dengan tangan. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan Pakcik Es dan Makcik Lily. Kelihatan Makcik Lily sedang membawa sebuah raga bakul manakala Pakcik Es sedang mencuci mesin jenteranya.


“Makcik! Pakcik!”, Riana melambai-lambaikan tangan sambil berlari anak ke arah kedua-dua orang tua itu.


“Eh, Riana!” jerit Makcik Lily yang kelihatan sangat gembira apabila melihat raut wajah yang dirinduinya setelah tiga bulan tidak berjumpa. Riana mencium tangan Makcik Lily dan Pakcik Es sebagai tanda hormat. Sudah lama dia kenal mereka, sejak berumur 11 tahun.


Pada waktu itu, cuti semester hujung tahun. Dia keseorangan di kolej. Bukannya George tidak pernah mengajak dia ke rumahnya tetapi dia berasa segan apabila dia melihat cara ibu George yang tidak suka kepadanya. Pada ketika itu, datang seorang lelaki dalam lingkungan 40-an dan menawarkan kepadanya untuk tinggal bersama dia dan isteri. Tetapi dengan syarat, Riana perlu membantu mereka dalam perusahaan ladang bunga mereka ; memetik bunga. Dari situlah, hubungan antara Riana dan kedua-dua orang tua itu terjalin.


“Apa khabar, Riana? Sihat?”


“Sihat. Macam inilah. Makcik dan pakcik sihat?”


“Makcik sihat. Tapi Pakcik kau nil ah..kurang sihat sikit. Kelmarin baru pergi check, kena ambil ubat darah tinggi” terang Makcik Lily.


“Pakcik tension eh? Ada makan daging kambing lagi eh??” Riana mengangkat kening. “Pakcik ni, dah tahu berpenyakit. Makan juga daging kambing. Degil betul laa” Riana mengerling pada Pakcik Es. Pakcik Es hanya tergelak kecil.


“Mari masuk Riana. Makcik bancuhkan air untuk kau”

Chapter 3

Jendela tingkap bilik dibuka luas. Angin sepoi-sepoi bahasa memasuki ruang bilik. Dingin dan nyaman. Suasana malam yang diterangi dengan cahaya purnama dan bintang-bintang di langit begitu mendamaikan suasana.


Namun kukuran sang pungguk dan dicahayai dengan kelip-kelip di sesetengah sudut padang kolej membuatkan suasana tidak menentu. Tenang, seram dan suram. Mengikut kepercayaan orang-orang tua, jika adanya kelip-kelip bermakna adanya ‘benda; yang berkeliaran di situ.

“Riana, boleh aku pinjam pen kau?”


“Tak boleh” jawab Riana dengan selambanya.


“Alaa kau ni..kedekutlah. Aku tak peduli…nak pinjam jugak. Huh!” George mencebik lalu meluru ke meja study Riana mengambil sebatang pen hitam.


“Heh.. kau ni…buat aku macam orang asing pula. Kalau kau nak guna tak payah cakap kat aku. Kau ambil dan pakai ja. Aku tak kisah laa” Riana tersengih melihat George yang menjuih bibir.

“Kau tak payah buat mulut macam tu..buruk …hehe” Riana tergelak.

Tiba-tiba pintu terbuka dihentak kuat.

“Riana, kau ni memang perempuan tak tahu malu! Gedik!” marah Anna.


“Huh?” Riana tergamam. Apa kena dengan minah ni???


“Oiii cik kak. Bagi salam pun tidak, kau masuk bilik macam orang gila kena sampuk. Lu ni apasal Anna?” George bangun mendekati Anna.


“Kau diam, George. Jangan masuk campur. This is between Riana and me. Okay? You better leave from this room before sekali dengan kau, aku tampar” Anna mendengus.


“Eh eh… ni dah lebih ni.. kang aku cepuk jugak kang” George sudah genggam jari-jemari kanannya.


“Hello?? What’s wrong with you, Anna? Memekik..melalak macam kena histeria. Kau tak malu eh? Satu blok dengar kau menjerit macam orang gila?” Tanya Riana lalu melihat rakan-rakan separas sudah menjengah di muka pintu.


“Lantakla dia orang la dia orang nak dengar aku menjerit. Aku peduli apa?!”


“Aku cakap dengan elok kan? Kau tak boleh cakap dengan elok dekat aku? Kau tahu angin kau ja kan.. kau tak tengok angin aku lagi. Aku dah letih la Anna nak melayan perangai kau yang asyik nak bergaduh dengan aku ni. Apa yang kau tak puas hati dengan aku lagi?”


“Letih konon! Kalau kau letih, kenapa kau terhegeh-hegeh ajak Nik pergi café tadi? Perempuan gedik! Kau pun tahu kan.. aku dah pernah mention kat kau yang aku taknak tengok kau dengan Nik keluar bersama. Faham tak?? Dasar perempuan tak tahu malu…”


“Laaa…. Nik lagi???” seloroh George.


“Hey, kau cakap berlapik sikit eh. Kang kau rasa penampar ke sepuluh dari aku. Kau tu yang tak tahu malu!” Riana geram.


“Haa tamparlah kalau berani.. tampar..” Anna menyorongkan pipinya.


“Woo..woo..beb..Rileks. Nanti Cik Tini detect, habis kau, Riana. Dah banyak kali kes dah jadi ni..” George cuba meleraikan suasana. “Tapi…biar aku settle dengan minah ni”


“Huh…tak habis-habis pengkid ni nak tunjuk hero” cebik Anna perlahan.


“Apa kau cakap? Pengkid? Haaa… meh sini aku nak gomol kau..” George merapatkan dirinya ke Anna setapak demi setapak sambil mengangkat-ngangkat kening dengan nakalnya.


“Kau jangan buat gila, George!” Anna mengundur seriau.


“Hahaha….tahu pun takut…” George tergelak geli hati melihat riak muka Anna yang kecut tadi.


“Kau yang gila, Anna!” seloroh Riana. “Suka hati akulah nak keluar dengan Nik pun. Dia tu Pengerusi Kelab aku… memang kami selalu berjumpa. Kau ni pun.. asyik-asyik Nik..Nik..Nik ja yang jadi bahan kau nak bertekak dengan aku kan? Tak ada sebab lain ka kau nak cari gaduh dengan aku?”


“Weii..weii.. listen here.” George memetik-metik jarinya. “Tak habis-habis cerita Nik. Aku menyampah laa.. Pasal lelaki pun nak bergaduh..macam bangang ja kau ni Anna. Sekarang ni kau masuk tidur sebelum aku pula yang naik angin japgi!!!” George meninggikan suara. Sememangnya jika dia dah meninggikan suara, tiada siapa yang berani membalas.


“Yang korang ni pun…tercangak kat situ apasal??? Balik!!!” termasuk dengan jiran-jiran sebelah bilik yang berkerumun di muka pintu dihalaunya


“Haa yang kau Mar..kenapa yang terpacak di situ? Tutup pintu, masuk!”. Mereka semua terdiam. Mengikut sahaja arahan dari George.