Chapter 3

Tuesday, March 24, 2009

Jendela tingkap bilik dibuka luas. Angin sepoi-sepoi bahasa memasuki ruang bilik. Dingin dan nyaman. Suasana malam yang diterangi dengan cahaya purnama dan bintang-bintang di langit begitu mendamaikan suasana.


Namun kukuran sang pungguk dan dicahayai dengan kelip-kelip di sesetengah sudut padang kolej membuatkan suasana tidak menentu. Tenang, seram dan suram. Mengikut kepercayaan orang-orang tua, jika adanya kelip-kelip bermakna adanya ‘benda; yang berkeliaran di situ.

“Riana, boleh aku pinjam pen kau?”


“Tak boleh” jawab Riana dengan selambanya.


“Alaa kau ni..kedekutlah. Aku tak peduli…nak pinjam jugak. Huh!” George mencebik lalu meluru ke meja study Riana mengambil sebatang pen hitam.


“Heh.. kau ni…buat aku macam orang asing pula. Kalau kau nak guna tak payah cakap kat aku. Kau ambil dan pakai ja. Aku tak kisah laa” Riana tersengih melihat George yang menjuih bibir.

“Kau tak payah buat mulut macam tu..buruk …hehe” Riana tergelak.

Tiba-tiba pintu terbuka dihentak kuat.

“Riana, kau ni memang perempuan tak tahu malu! Gedik!” marah Anna.


“Huh?” Riana tergamam. Apa kena dengan minah ni???


“Oiii cik kak. Bagi salam pun tidak, kau masuk bilik macam orang gila kena sampuk. Lu ni apasal Anna?” George bangun mendekati Anna.


“Kau diam, George. Jangan masuk campur. This is between Riana and me. Okay? You better leave from this room before sekali dengan kau, aku tampar” Anna mendengus.


“Eh eh… ni dah lebih ni.. kang aku cepuk jugak kang” George sudah genggam jari-jemari kanannya.


“Hello?? What’s wrong with you, Anna? Memekik..melalak macam kena histeria. Kau tak malu eh? Satu blok dengar kau menjerit macam orang gila?” Tanya Riana lalu melihat rakan-rakan separas sudah menjengah di muka pintu.


“Lantakla dia orang la dia orang nak dengar aku menjerit. Aku peduli apa?!”


“Aku cakap dengan elok kan? Kau tak boleh cakap dengan elok dekat aku? Kau tahu angin kau ja kan.. kau tak tengok angin aku lagi. Aku dah letih la Anna nak melayan perangai kau yang asyik nak bergaduh dengan aku ni. Apa yang kau tak puas hati dengan aku lagi?”


“Letih konon! Kalau kau letih, kenapa kau terhegeh-hegeh ajak Nik pergi café tadi? Perempuan gedik! Kau pun tahu kan.. aku dah pernah mention kat kau yang aku taknak tengok kau dengan Nik keluar bersama. Faham tak?? Dasar perempuan tak tahu malu…”


“Laaa…. Nik lagi???” seloroh George.


“Hey, kau cakap berlapik sikit eh. Kang kau rasa penampar ke sepuluh dari aku. Kau tu yang tak tahu malu!” Riana geram.


“Haa tamparlah kalau berani.. tampar..” Anna menyorongkan pipinya.


“Woo..woo..beb..Rileks. Nanti Cik Tini detect, habis kau, Riana. Dah banyak kali kes dah jadi ni..” George cuba meleraikan suasana. “Tapi…biar aku settle dengan minah ni”


“Huh…tak habis-habis pengkid ni nak tunjuk hero” cebik Anna perlahan.


“Apa kau cakap? Pengkid? Haaa… meh sini aku nak gomol kau..” George merapatkan dirinya ke Anna setapak demi setapak sambil mengangkat-ngangkat kening dengan nakalnya.


“Kau jangan buat gila, George!” Anna mengundur seriau.


“Hahaha….tahu pun takut…” George tergelak geli hati melihat riak muka Anna yang kecut tadi.


“Kau yang gila, Anna!” seloroh Riana. “Suka hati akulah nak keluar dengan Nik pun. Dia tu Pengerusi Kelab aku… memang kami selalu berjumpa. Kau ni pun.. asyik-asyik Nik..Nik..Nik ja yang jadi bahan kau nak bertekak dengan aku kan? Tak ada sebab lain ka kau nak cari gaduh dengan aku?”


“Weii..weii.. listen here.” George memetik-metik jarinya. “Tak habis-habis cerita Nik. Aku menyampah laa.. Pasal lelaki pun nak bergaduh..macam bangang ja kau ni Anna. Sekarang ni kau masuk tidur sebelum aku pula yang naik angin japgi!!!” George meninggikan suara. Sememangnya jika dia dah meninggikan suara, tiada siapa yang berani membalas.


“Yang korang ni pun…tercangak kat situ apasal??? Balik!!!” termasuk dengan jiran-jiran sebelah bilik yang berkerumun di muka pintu dihalaunya


“Haa yang kau Mar..kenapa yang terpacak di situ? Tutup pintu, masuk!”. Mereka semua terdiam. Mengikut sahaja arahan dari George.

0 comments:

Post a Comment