Chapter 2

Saturday, February 14, 2009

Jam di tangan kirinya baru menunjukkan pukul 12 tengahari. Bermakna hanya tinggal 15 minit lagi kelas Mr.Jay yang membohsankan itu akan tamat. Pelajar perempuan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan Mr. Jay walaupun tidak beberapa fokus. Namun pelajar lelaki pula sebaliknya. Ada yang tidur..ada yang bersembang..ada yang dengar lagu..dan macam-macam lagilah.

“Syyyy…..” sekeping kapal terbang kertas mendarat betul-betul di atas mejanya.

Riana, may I see u alone? Just want to talk about us… - Guy

Cait..buang karan aku nak jumpa kau! Sorry.. waste my time. Huhh! Nota yang berbentuk kapal terbang tadi diperenyuk Riana.

“Okay, setakat ini saja kelas kita pada hari ini. Saya harap kamu semua dapat menyiapkan assignment saya masa cuti mid sem ni..” Berkahir sudah kelas yang cukup membohsankan tadi.

“Riana, macam mana? Can we meet?” Tanya Guy yang terkinja-kinja dating.

“Ni bukan dah jumpa dah?” Tanya Riana balik dengan selamba.

“Heh..cute!” Guy tersengih. “I mean can we meet alone to talk about us?”

“Sorry Guy. There’s no US” jawab Riana sambil mengemaskan buku di atas meja.

“Ohh.. okay…. So..you dah makan? Jom, I belanja. Lagipun kita dah lama tak makan sekali right?”
“No, thanks. I dah makan. I pergi dulu.. bye” Riana bergegas beredar secepat mungkin sebelum Guy menahannya lagi.

It’s okay Riana… I’ll waiting for you… kata Guy dalam hati sambil melihat Riana berlalu keluar daripada kelas.


Hello?? What’s wrong with him? Buang tebiat agaknya! Dulu bukan main belagak dengan aku. Tengok muka aku pun taknak. Ni terhegeh-hegeh… nak talk about US konon. Huh! Riana mencebik dalam hati.

“Ohh mak!” Buku yang dibimbit berterabur di atas lantai.

“Alamak! Nik…Sorry! Aku tak sengaja” Riana turut membantu Nik mengutip buku-buku yang berterabur.

“Heh.. nevermind. Kenapa dengan kau, Riana? Fikiran kau melayang ke mana? Kelam-kabut ja aku tengok kau ni. Berjalan macam ribut. Apalaa…” Nik tersengih.

“Ada beruang nak kejar aku. Hehehe… kau nak pergi mana dengan buku-buku ni?”

“Aku baru balik dari library nak ke café. Jom la makan sekali” ajak Nik.

“Boleh juga sebab aku nak discuss dengan kau sikit pasal art project dengan kau” Riana seperti memikirkan sesuatu apabila menyebut tentang projek seni yang diperkatakannya tadi.

“Kalau macam tu jomlah”. Riana tersenyum. Dia mengaku dia amat senang berkawan dengan lelaki yang memakai spek itu. Tinggi.. kacak.. comel..

Dari jauh kelihatan sepasang mata sedang melihat mereka menuju ke Café seiringan. C
iss..tak guna betul!!!

Chapter 1

You are the dancing queen, young and sweet, only seventeen
Dancing queen, feel the beat from the tambourine
You can dance, you can jive, having the time of your life
See that girl, watch that scene, dig in the dancing ………….


“Wei, Riana! Bangun!” Alamakkk… nyibuk betul la suara ni. Aku baru ja syok dok mimpi aku jadi puteri..hesh


“Oitt..bangun!”


“Nantilah aku bangun. Alaa..kau ni. Mengacau ajalah!”. Riana menarik selimutnya sehingga ke kepala.


“Eh, minah ni. Umur dah nak masuk 20 tahun pun liat lagi nak bangun. Bangunlah. Nanti lambat pergi kelas”.

George menghenjut-henjutkan badan Riana namun tiada respon dari kawannya itu.


“Wohh… kau taknak bangun..” George tersengih. Dia menuju ke meja study lalu mencapai botol mineral. “Nah, kau tak payah mandi dah. Aku tolong mandikan kau..hehehe”


“George!” Riana meluru bangun. “Waaa… kau ni memang siot betul la”. Seloroh Riana yang masih mamun. George pula tergelak-gelak melihat Riana yang macam terkejut beruk tadi.


“Siapa suruh kau liat sangat. Dah.. kau pergi mandi. Nanti tak sempat breakfast. Dua orang minah tu dah blah dah pun”, kata George yang sambil membetul-betulkan topi Adidasnya dan mengunyah chewing gum.


“Huh..ya laa” Riana berseloroh bangun menuju ke bilik air.



“George, kau pergi dining dulu eh. Aku nak tengok postbox aku jap. Kau tolong ambilkan kat aku pisang eh”.

“Orait. Aku chiow dulu”. Amboi…minah ni. Happy semacam ja ni. Ada somethinglah tu.

Riana telah tiba ke tempat yang dituju. Dia mengeluarkan kad matriknya lalu dikodkan pada postbox. Pintu postbox terbuka secara automatiknya. Kelihatan sepucuk sampul surat tanpa setem berada di dalamnya. Riana mencapai lalu membukanya…

Dear Riana,

Congratulations on your flying colours exam’s result.

Here’s some treat for you… Good luck…

Sincerely,

BHD


Riana mengeluarkan beberapa keping wang kertas yang turut berada dalam sampul tersebut. Dia tersenyum. Thanks. Daddy! Even though we never met but I know you love me. Tetapi… kenapa daddy tak nak jumpa dengan Riana??? Riana mengeluh. Hatinya gundah dengan tiba-tiba.


“ George, aku terima dari BHD aku” Riana memperbetulkan kerusi di sebelah George.


“So?? Apa yang kau risaukan? Bunyi macam gelisah ja kau ni”. Balas George sambil mengunyah sandwich di dalam mulut.


“Bukan gelisah”


“Then? Nada kau tu macam sedih semacam ja”


“Tak sedih la…”


“Kau ni nak makan pisang ni ka tak? Aku dah habis makan. Kalau nak ikut aku blah.. jom!”


“Aku ikut kau lah”


“Pisang yang aku ambilkan untuk kau ni..kau nak makan ka tak? Kalau tak nak aku nak makan….” Tanya George.


“Kalau nak ..kau cakap ajalah nak. Heh.. kau makan kat kau ajalah”


Hehehe.. terima kasih beb.. Kau macam faham ja eh..”