Chapter 2

Saturday, February 14, 2009

Jam di tangan kirinya baru menunjukkan pukul 12 tengahari. Bermakna hanya tinggal 15 minit lagi kelas Mr.Jay yang membohsankan itu akan tamat. Pelajar perempuan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan Mr. Jay walaupun tidak beberapa fokus. Namun pelajar lelaki pula sebaliknya. Ada yang tidur..ada yang bersembang..ada yang dengar lagu..dan macam-macam lagilah.

“Syyyy…..” sekeping kapal terbang kertas mendarat betul-betul di atas mejanya.

Riana, may I see u alone? Just want to talk about us… - Guy

Cait..buang karan aku nak jumpa kau! Sorry.. waste my time. Huhh! Nota yang berbentuk kapal terbang tadi diperenyuk Riana.

“Okay, setakat ini saja kelas kita pada hari ini. Saya harap kamu semua dapat menyiapkan assignment saya masa cuti mid sem ni..” Berkahir sudah kelas yang cukup membohsankan tadi.

“Riana, macam mana? Can we meet?” Tanya Guy yang terkinja-kinja dating.

“Ni bukan dah jumpa dah?” Tanya Riana balik dengan selamba.

“Heh..cute!” Guy tersengih. “I mean can we meet alone to talk about us?”

“Sorry Guy. There’s no US” jawab Riana sambil mengemaskan buku di atas meja.

“Ohh.. okay…. So..you dah makan? Jom, I belanja. Lagipun kita dah lama tak makan sekali right?”
“No, thanks. I dah makan. I pergi dulu.. bye” Riana bergegas beredar secepat mungkin sebelum Guy menahannya lagi.

It’s okay Riana… I’ll waiting for you… kata Guy dalam hati sambil melihat Riana berlalu keluar daripada kelas.


Hello?? What’s wrong with him? Buang tebiat agaknya! Dulu bukan main belagak dengan aku. Tengok muka aku pun taknak. Ni terhegeh-hegeh… nak talk about US konon. Huh! Riana mencebik dalam hati.

“Ohh mak!” Buku yang dibimbit berterabur di atas lantai.

“Alamak! Nik…Sorry! Aku tak sengaja” Riana turut membantu Nik mengutip buku-buku yang berterabur.

“Heh.. nevermind. Kenapa dengan kau, Riana? Fikiran kau melayang ke mana? Kelam-kabut ja aku tengok kau ni. Berjalan macam ribut. Apalaa…” Nik tersengih.

“Ada beruang nak kejar aku. Hehehe… kau nak pergi mana dengan buku-buku ni?”

“Aku baru balik dari library nak ke café. Jom la makan sekali” ajak Nik.

“Boleh juga sebab aku nak discuss dengan kau sikit pasal art project dengan kau” Riana seperti memikirkan sesuatu apabila menyebut tentang projek seni yang diperkatakannya tadi.

“Kalau macam tu jomlah”. Riana tersenyum. Dia mengaku dia amat senang berkawan dengan lelaki yang memakai spek itu. Tinggi.. kacak.. comel..

Dari jauh kelihatan sepasang mata sedang melihat mereka menuju ke Café seiringan. C
iss..tak guna betul!!!

0 comments:

Post a Comment