Chapter 5

Tuesday, March 24, 2009

Riana mengeluarkan pakaiannya dari beg lalu dimasukkan ke dalam almari.


“Riana, Makcik dan Pakcik nak pergi kedai sekejap. Nak beli barang-barang untuk kita makan malam ni. Makcik dah buatkan sardine roll untuk petang ni. Ada atas meja. Riana makan tau”


“Okay Makcik. Nanti saya makan…”


“Makcik pergi dulu ya”


“Iya, Makcik…”. Dia membalas pendek. Bunyi tapak kasut Makcik Lily sudah pun sayup tidak kedengaran. Yang kedengaran kini hanyalah bunyi enjin kereta yang baru sahaja berlalu pergi dari kawasan kotej.

Selepas selesai menyimpan pakaian, Riana menuju turun ke dapur. Dilihatnya ada beberapa gulung sardine rolls berada di atas meja. Dia mengambil dua gulung sardine roll dan berlalu keluar.

Wah, nyamannyaaaaa~!!! Riana menghela nafas panjang. Lalu berjalan ke cerung bukit di belakang kotej di mana dia boleh melihat pemandangan tasik dan gunung-ganang yang sungguh mengujakan. Indahnya ciptaan Tuhan.


Riana melabuhkan punggungnya di atas rumput yang menghijau. Dia mencabut bunga-bunga liar yang tumbuh di atas rumput berdekatannya.

Tanpa dia sedari sudah satu jam dia melayan perasaanya di situ. Dia masih tidak berganjak dari tempat duduk. Cuaca yang agak sejuk membuatkan dia berpeluk tubuh. Boleh tahan juga sejuknya bila hari nak beransur malam ni. Lupa nak pakai sweater la. Aku nak baliklah. Pakcik dan Makcik dah balik dah rasanya ni…


Riana bangun lalu berjalan pulang menuju ke kotej. Sampai di kotej, masih belum kelihatan kereta Pakcik Es yang terpakir di garaj. Dia menyusun langkah masuk ke dalam kotej dan menaiki tangga ke biliknya. Keletihan mula menyelubungi dirinya kerana berjalan kaki dari pekan Tella ke kotej berkenaan lebih kurang 4km jauhnya.


Riana menghempaskan tubuh ke atas tilam sambil mengeluh.

Kedengaran kepala pili baru sahaja ditutup dari bilik air yang terdapat di dalam biliknya. Huh??? What sound is that?..Ahhh.. nothing..


Tiba-tiba pintu bilik airnya terkuak dan…

“Alamak!”, suara seorang lelaki sayup kedengaran di gegendang telinganya. Riana membuka kelopak matanya yang hamper terpejam.


“Haaa!!!”, dengan secara spontan dia bingkas bangun dan…“Wachaaaaa!!!!”……………

1 comments:

mazfahmi said...

lyn cerpen lak..

Post a Comment